Advanced Search
Keyword(s):
in
in
in
Year
From to
Archived
Volume: 8 Issues: 32 [June, 2023]
PERKHIDMATAN KESIHATAN TERHADAP PELARIAN DI SABAH DARI PERSPEKTIF MAQASID SYARIAH: SATU TINJAUAN AWAL
Volume: 8 Issues: 32 [June, 2023]
Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin, Syamsul Azizul Marinsah, Abang Mohd Razif Abang Muis, Ibnor Azli Ibrahim
Akses kemudahan kesihatan bagi pelarian di Sabah bukanlah satu perkara yang baharu. Ia telah dibahaskan sejak tahun 1970-an lagi ketika kedatangan awal golongan tersebut ke Sabah. Setelah lebih 50 tahun, pelarian di Sabah masih lagi berdepan dengan keterbatasan akses kepada kemudahan kesihatan. Walaupun Malaysia tidak meratifikasi Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967, tidak dinafikan kemudahan kesihatan penting bagi kelangsungan hidup pelarian di Sabah. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti praktis perkhidmatan kesihatan semasa terhadap golongan pelarian dan membahaskannya dari perspektif Maqasid Syariah sama ada selari dengan dasar penjagaan agama, nyawa, akal, keturunan/maruah dan harta golongan tersebut. Kajian kualitatif ini dijalankan menggunakan metode kepustakaan dengan mengaplikasikan pendekatan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati, perkhidmatan kesihatan semasa terhadap pelarian di Sabah belum dapat mencakupi 5 elemen keperluan utama (daruri) manusia secara seimbang mengikut kerangka Maqasid Syariah. Kajian ini diharapkan dapat menjadi salah satu garis panduan dalam pembinaan polisi perkhidmatan kesihatan yang seimbang terhadap golongan pelarian selaras dengan dasar Maqasid Syariah yang menjaga hak keperluan penting (daruri) manusia iaitu agama, nyawa, akal, keturunan/maruah dan harta dalam mencapai kemaslahatan dan mencegah kemudaratan hidup.