Advanced Search
Keyword(s):
in
in
in
Year
From to
Archived
Volume: 7 Issues: 29 [September, 2022]
PENGAMALAN SOGIT DI MAHKAMAH ANAK NEGERI DAN SOGIT KAMPUNG: SATU KAJIAN PERBANDINGAN
Volume: 7 Issues: 29 [September, 2022]
Syamsul Azizul Marinsah, Mohd Nur Hidayat Hasbollah, Mohammad Firdaus Hasmin
Masyarakat Kadazandusun di Sabah terkenal sebagai sekumpulan etnik yang mempunyai kepelbagaian budaya yang unik. Antara kebudayaan yang masih lestari dalam kebudayaan Kadazadusun ialah amalan sogit. Sogit secara mudahnya dapat difahami sebagai pampasan, ganti rugi adat ataupun denda adat yang dikenakan terhadap individu (anak negeri) yang melanggar norma adat tradisi. Amalan sogit ini telah diterima sebagai kod adat yang telah dikanunkan di Mahkamah Anak Negeri bagi membicarakan kes-kes berkaitan dengan adat masyarakat Kadazandusun di Sabah. Berdasarkan kepada hakikat tersebut, mutakhir ini amalan sogit dapat dilihat daripada dua perspektif yang berbeza. Pertama, dari perspektif pengamalan sogit secara formal di Mahkamah Anak Negeri menerusi Kaedah Undang-undang Adat Mahkamah Anak Negeri (1995). Kedua, pengamalan sogit dalam kalangan masyarakat kampung terdiri daripada orang-orang Dusun. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk melihat perbandingan di antara pengamalan sogit di Mahkamah Anak Negeri dengan pengamalan sogit dalam kalangan masyarakat Dusun kampung. Sehubungan itu, kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode ‎pengumpulan data melalui kaedah temu bual, observasi dan analisis dokumen‎. Hasil kajian mendapati, terdapat beberapa ciri-ciri yang sesuai untuk ditonjolkan sebagai suatu kajian perbandingan pengamalan sogit di Mahkamah Anak Negeri dengan sogit dalam kalangan masyarakat Dusun kampung. Ciri-ciri tersebut antaranya sumber perolehan undang-undang, makna, fungsi, pengamalan dan juga pelaksana.