Advanced Search
Keyword(s):
in
in
in
Year
From to
Archived
Volume: 7 Issues: 29 [September, 2022]
IMPAK BEBAN TUGAS, KONFLIK PERANAN DAN HUBUNGAN INTERPERSONAL KE ATAS KESEIMBANGAN KERJA DAN KEHIDUPAN DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM DI SABAH
Volume: 7 Issues: 29 [September, 2022]
Noor Syakirah Zakaria, Ahmad Faisal Mohamed Fiah, Norhuda Salleh, Romlah Ramli
Keseimbangan kerja dan kehidupan merupakan aspek dalam pekerjaan yang telah mendapat perhatian pengkaji dan pengamal khususnya semasa berlakunya pendemik COVID 19. Dalam proses untuk mencapai keseimbangan kerja dan kehidupan ini, terdapat faktor-faktor yang perlu diberikan perhatian termasuklah faktor berkaitan dengan organisasi. Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji tiga faktor berkaitan organisasi iaitu beban kerja, konflik peranan dan hubungan interpersonal dan impaknya terhadap keseimbangan kerja dan kehidupan pekerja di sektor awam. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan soal selidik telah digunakan sebagai instrument kajian. Seramai 118 responden terlibat dalam kajian ini dan hasil analisis kajian menunjukkan beban kerja dan hubungan interpersonal mempunyai hubungan yang signifikan terhadap keseimbangan kerja dan kehidupan. Walau bagaimana dapatan menunjukkan terdapat faktor-faktor lain yang perlu diberikan perhatian dan dikaji dengan lebih terperinci seperti faktor berkaitan dengan individu dan faktor organisasi yang lain.